Saturday, June 27, 2009

Step by Step to Glory..

Zaman dah berubah..hutan rimba dah berganti dengan hutan batu-bata..harimau, gajah dan kera sudah digantikan dengan motor, lori dan kereta. Keris dan pedang sudah digantikan oleh duit dan wang..namun begitu, harapan setiap manusia majoritinya tetap sama untuk mencari hidup selesa..untuk berjaya mencapai segala yang dicita..

Kadang2 pengalaman itu terlalu mahal harganya..tiada tanda harga yang boleh mentafsirkan nilainya. Ada pelbagai jenis manusia dalam dunia ni..Tuhan jadikan dalam pelbagai bentuk dan sifat sebagai ujian untuk kesemuanya belajar memahami perasaan dan perbezaan.

Ada yang baik..ada yang jahat..ada yang bijak..ada yang bodoh..ada yang cantik..ada yang hodoh..ada jugak yang selalu bertuah..ada jugak yang selalu malang. Masing2 ada kekurangan dan kelebihan..terpulang kepada diri sendiri untuk menggunakannya.

Ada sesetengah orang akan mengaku tewas apabila tak tahan dengan dugaan..ada juga yang akan bangkit dengan lebih kuat..ada yang bangkit dengan bijak..ada yang terlalu ikut nafsu dan perasaan.

Asasnya sebutir pasir..memang mudah jadi debu..ditiup angin. Namun begitu..jika dibentuk menjadi bata yang kuat..disusun rapi menjadi dinding dan tiang..bakal membentuk tamadun gemilang.

No comments:

Post a Comment