Monday, June 22, 2009

Iktibar Hujan


Malam tadi hujan turun agak lebat. Walaupon hujan telah menyebabkan rancangan aku untuk lepak ngan member2 lama aku terbatal, tapi aku bersyukur kerana sekurang2 nya hujan telah menyejukkan sket cuaca skang ni yang terlalu panas and of course, menyelamatkan duit gua..hehe.

Dgn izin Allah, hujan telah memberi aku sedikit idea untuk berceloteh kat sini.

Sedikit fakta tentang hujan ye:

1-Jumlah hujan yg turun di seluruh dunia adalah sama pada setiap tahun.
2-Hujan yg jatuh dari langit mampu menghancurkan sebarang objek di permukaan bumi jika tidak terdapat debu dan partikel2 di ruang udara yang bertindak sebagai rintangan kelajuan titisan hujan yg jatuh dengan halaju 9.81 meter per saat.
3-Hujan merupakan salah satu proses kitaran air yg amat penting di planet yg bernama Bumi.
4-Hujan tidak pernah turun di Kutub Utara.
5-Hujan juga merupakan nama sebuah band indie yang terkenal dengan lagu Pagi Yang Gelap..hehe.

Kita kat Malaysia menerima hujan antara 200 hingga 400 cm setiap tahun dgn 6 hingga 7 bulan musim kering. Suhu udaranya adalah antara 25 hingga 29 darjah Celcius, bergantung kepada cuaca. Tapi suhu skang ni mencecah 35'C aku rasa. kesan drpd pemanasan global yg melanda dunia.

Hujan jugak membawa memori aku merentasi masa dan teringat kpd lagu tyme kecik2 dulu, 'Bangau oh Bangau' dekat bahagian 'Hujan oh hujan, kenapa engkau turun? Macamana aku tak turun, katak panggil aku'..hehe.

Tahukah anda tuan2 dan puan2, katak langsung tak terlibat dalam proses hujan turun. Katak hanyalah bersuara apabila mereka mendapat ilham bahawa hujan akan turun dan bersuara bagi melahirkan rasa syukur dan menarik perhatian pasangan mereka utk mengawan dan menyambung zuriat mereka..ceewah haha..

Hujan juga memberi ilham (dgn izin Allah) kpd sesetengah orang untuk berkarya terutamanya menulis lagu dan syair. Lalu terciptalah lagu 'Antara Hujan dan Air Mata' nyanyian Saleem..hehe. Bagi yang putus cinta pulak (ish3), hujan la medium terbaik untuk meluahkan perasaan yg hancur berkecai dek jiwang karat tu..(padan muka..haha).

Biasanye lepas hujan, pelangi akan muncul. Pelangi terhasil apabila wap2 air di ruang udara menyerakkan cahaya matahari kpd 7 warna berlainan dan menghasilkan pelangi.

Jika kita hayati secara mendalam, pelangi yg muncul selepas hujan adalah kiasan dari Tuhan. Kiasan utk mengatakan bahawa selepas setiap kesedihan itu, pasti akan muncul kegembiraan dan kebahagiaan. Yang tinggal hanyalah cepat atau lambat saja.

Hujan merupakan satu rahmat Allah yg tidak ternilai harganya. Kita selalu merungut jika hujan turun..dan selalu merungut jika hari terlalu panas. Belajar lah utk bersyukur dari katak yg bertasbih bersyukur memuji Tuhannya setiap kali hujan turun. Bayangkan jika hujan tidak turun selama setahun kat bumi kita, sudah pasti sungai2 akan kering, tumbuhan akan mati, byk spesies haiwan yg akan pupus dan mengancam ecosystem equilibrium.

Bersyukurlah wahai insan..
Wallahua'lam..peace..!!

2 comments:

  1. hujan yg trun bgaikan mutiara..lalala~
    smbung2...
    ngeh2..

    tp pape pun syukur sgt bile ujan..
    sjuk sket.. =)

    ReplyDelete
  2. "jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah lagi nikmatKu dan jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih"

    ReplyDelete