Tuesday, June 30, 2009

Hey guys..it is SIXTH..

To my special one..i'd like to wish 'HAPPY 6th'..
may our relationship will last forever..

Saturday, June 27, 2009

Step by Step to Glory..

Zaman dah berubah..hutan rimba dah berganti dengan hutan batu-bata..harimau, gajah dan kera sudah digantikan dengan motor, lori dan kereta. Keris dan pedang sudah digantikan oleh duit dan wang..namun begitu, harapan setiap manusia majoritinya tetap sama untuk mencari hidup selesa..untuk berjaya mencapai segala yang dicita..

Kadang2 pengalaman itu terlalu mahal harganya..tiada tanda harga yang boleh mentafsirkan nilainya. Ada pelbagai jenis manusia dalam dunia ni..Tuhan jadikan dalam pelbagai bentuk dan sifat sebagai ujian untuk kesemuanya belajar memahami perasaan dan perbezaan.

Ada yang baik..ada yang jahat..ada yang bijak..ada yang bodoh..ada yang cantik..ada yang hodoh..ada jugak yang selalu bertuah..ada jugak yang selalu malang. Masing2 ada kekurangan dan kelebihan..terpulang kepada diri sendiri untuk menggunakannya.

Ada sesetengah orang akan mengaku tewas apabila tak tahan dengan dugaan..ada juga yang akan bangkit dengan lebih kuat..ada yang bangkit dengan bijak..ada yang terlalu ikut nafsu dan perasaan.

Asasnya sebutir pasir..memang mudah jadi debu..ditiup angin. Namun begitu..jika dibentuk menjadi bata yang kuat..disusun rapi menjadi dinding dan tiang..bakal membentuk tamadun gemilang.

Sesuatu Yang Buat Aku Rasa Pelik..

Alkisahnye macam ni..takde ape2 yg pelik pon..bagi aku benda ni pelik ar..tapi bagi orang lain mungkin benda ni tak pelik. Sama2 kite baca ye..=)

Umah aku ni kat kawasan kampung yang mana kebanyakan penduduk kat sini ada 'belaan'. Buleh dikatakan sume ar..huuu seram. Aku ni pulak selalu duk sorg kat umah..dan aku ni selalu tido lewat..kadang2 pukul 4 tak tido lagi..ralit main game.

Ade la satu malam yang mengerikan tu, aku macam bese ar..tido lewat. Tengah syok2 main game, tak sedar dah nak pukul 3. Aku pon bermonolog dalaman, aku cakap "Ahh pukul 3 setengah tido ah", detus hati kecikku.

Tibe2 tepat pukul 3, aku dengar benda tu bersahut-sahutan memecah keheningan malam..ceeh. Bulu kening aku tyme tu dah stat meremang dah sebab curious sangat..nape benda tu bersuara bile tibe je pukul 3..nape tak pukul 2.53 ke..dan kenapa bunyi benda tu kuat sangat? Banyak pulak tu..macam ade geng pulak.

Memang ar ayam ade geng dan benda tu bunyi kuat sangat sebab tu ayam yang bapak aku bela..hehe. Tapi aku pelik ar..nape setiap pukul 3 pagi mesti ayam2 tu berkokok..dah banyak kali dah sebenarnye aku dengar beliau berkokok..ni mesti ade pape yang mencurigakan ni..haha. Macam tau2 pulak Encik Ayam tu.

Haaa suspen tak cite gua?..haha..peace..!!

p/s: Buang karan tol ar cite ni.

Wednesday, June 24, 2009

When A Done Job Gives You Relieve..

Finally..my damn PTPTN thing was completely managed..well i wish so. And I hope my application will be approved since ptptn is my only hope for me to further my study in Kuantan this coming week. Since I am not good enough to apply for JPA scholarship..well u know, that damn pointer had prevent me to apply for JPA scholar..s^^t..

Ask for it and u shall be given..!!

Monday, June 22, 2009

Iktibar Hujan


Malam tadi hujan turun agak lebat. Walaupon hujan telah menyebabkan rancangan aku untuk lepak ngan member2 lama aku terbatal, tapi aku bersyukur kerana sekurang2 nya hujan telah menyejukkan sket cuaca skang ni yang terlalu panas and of course, menyelamatkan duit gua..hehe.

Dgn izin Allah, hujan telah memberi aku sedikit idea untuk berceloteh kat sini.

Sedikit fakta tentang hujan ye:

1-Jumlah hujan yg turun di seluruh dunia adalah sama pada setiap tahun.
2-Hujan yg jatuh dari langit mampu menghancurkan sebarang objek di permukaan bumi jika tidak terdapat debu dan partikel2 di ruang udara yang bertindak sebagai rintangan kelajuan titisan hujan yg jatuh dengan halaju 9.81 meter per saat.
3-Hujan merupakan salah satu proses kitaran air yg amat penting di planet yg bernama Bumi.
4-Hujan tidak pernah turun di Kutub Utara.
5-Hujan juga merupakan nama sebuah band indie yang terkenal dengan lagu Pagi Yang Gelap..hehe.

Kita kat Malaysia menerima hujan antara 200 hingga 400 cm setiap tahun dgn 6 hingga 7 bulan musim kering. Suhu udaranya adalah antara 25 hingga 29 darjah Celcius, bergantung kepada cuaca. Tapi suhu skang ni mencecah 35'C aku rasa. kesan drpd pemanasan global yg melanda dunia.

Hujan jugak membawa memori aku merentasi masa dan teringat kpd lagu tyme kecik2 dulu, 'Bangau oh Bangau' dekat bahagian 'Hujan oh hujan, kenapa engkau turun? Macamana aku tak turun, katak panggil aku'..hehe.

Tahukah anda tuan2 dan puan2, katak langsung tak terlibat dalam proses hujan turun. Katak hanyalah bersuara apabila mereka mendapat ilham bahawa hujan akan turun dan bersuara bagi melahirkan rasa syukur dan menarik perhatian pasangan mereka utk mengawan dan menyambung zuriat mereka..ceewah haha..

Hujan juga memberi ilham (dgn izin Allah) kpd sesetengah orang untuk berkarya terutamanya menulis lagu dan syair. Lalu terciptalah lagu 'Antara Hujan dan Air Mata' nyanyian Saleem..hehe. Bagi yang putus cinta pulak (ish3), hujan la medium terbaik untuk meluahkan perasaan yg hancur berkecai dek jiwang karat tu..(padan muka..haha).

Biasanye lepas hujan, pelangi akan muncul. Pelangi terhasil apabila wap2 air di ruang udara menyerakkan cahaya matahari kpd 7 warna berlainan dan menghasilkan pelangi.

Jika kita hayati secara mendalam, pelangi yg muncul selepas hujan adalah kiasan dari Tuhan. Kiasan utk mengatakan bahawa selepas setiap kesedihan itu, pasti akan muncul kegembiraan dan kebahagiaan. Yang tinggal hanyalah cepat atau lambat saja.

Hujan merupakan satu rahmat Allah yg tidak ternilai harganya. Kita selalu merungut jika hujan turun..dan selalu merungut jika hari terlalu panas. Belajar lah utk bersyukur dari katak yg bertasbih bersyukur memuji Tuhannya setiap kali hujan turun. Bayangkan jika hujan tidak turun selama setahun kat bumi kita, sudah pasti sungai2 akan kering, tumbuhan akan mati, byk spesies haiwan yg akan pupus dan mengancam ecosystem equilibrium.

Bersyukurlah wahai insan..
Wallahua'lam..peace..!!

Sunday, June 21, 2009

APABILA KEBORINGAN MELANDA: Kepeningan yang Berganda


Tik tok tik tok tik tok tik..
Pejam celik pejam celik rupa2 nye da sebulan lebih aku bercuti kat umah sejak aku balik kampung 14 may lepas. Sepanjang aku cuti ni,da banyak daging yang aku hasilkan..daging kat perut..haha. Keje aku hanyalah makan tido makan tido. Kalo rasa sakit perut,berak. Kalo rasa lapar,makan..hurm da stat ngarut doh..haha. Takde ah,sebenarnye aku sempat keje ngan bapak member aku..keje jadi pembanci. Bleh ar buat duit sket..bleh buat blanje ar sket2. Tp sempat keje 4-5 ari je sebab kesuntukan masa dan keje pun da abes..so kira aku tanam anggur ar kat umah skang ni..bile ar nak kuar buah ni..tak sabar nak makan anggur.

So,time ade masa terbuang aku bleh ar mengarut kat sini. Sebenarnye cuti aku da nak abes..ade lebih kurang 2 minggu agi(waa..tak best!!). Tp bile pikir2 balik,rasa cam tak best plak duk kat umah lama2..cam boring nak mampus pon ade..tiap2 ari wat bnda sama..takde peningkatan dan kemajuan langsung. Bangun tido tengok tv,petang tengok tv,malam message,main game..benda sama. Sampai kadang2 aku pon rasa boring.

Kadang2 aku melepaskan keboringan aku kat sini..perah otak sket nak cari idea nak tulis kat sini. Petang ni tibe2 idea ni datang..kira berfungsi ar sket otak dan minda aku skang ni..tak ar bengap sangat..maklum ar da dekat seblan tak pegang pen nak buat draf ni..rasa kekok pon ade sket2.
Perasaan aku skang ni bercampur baur..happy,runsing,takut pon ade bile pikir nak masuk kampus Kuantan pada tanggal 7 julai 2009 ni. Ye ar..suasana baru,persekitaran baru,tempat baru,lecturer baru,subjek baru,tempat tinggal baru..serba serbi baru kecuali awek..awek lama ar..hehe.
Kepala otak aku pon pening bile pikir pasal lesen keta yang masih belum siap. Kalo ikut schedule,cikgu tu kata 10 julai baru bleh test ngan JPJ sedangkan aku da pegi da tyme tu..camne nak ejas ni ah..pening2.

Argghhh...
Tik tok tik tok tik tok tik...

Friday, June 19, 2009

Selamat Hari Bapa..

Tanggal 21 jun stiap tahun..smbutan hari bapa diadakan di seluruh negara bg mmperingati jasa2 bapa seluruh negara.

Kita spatutnye slalu ingt jasa ayah kita yg tlah mmbesarkan..mndidik..bg kita segala2 nye..yg tlah mengorbankan diri sendiri utk kebahagiaan kita walaupun ayah anda seorg yg tak berilmu tp ayah la segala2 nya dlm idup kita. Seharusnye kita menghargai jasa2 ayah setiap masa tnpa menunggu tarikh 21 jun..

So..aku nk ucap kan SELAMAT HARI BAPA kpd ayah aku Husain bin Mat yg berumur 64 thun ini walau di mana beliau berada..semoga pnjg umur dan murah rezeki. Semoga kehidupan mu sntiasa diberkati Allah..

Ayah..you're my hero...=)

Langkawi oh Langkawi: Finale

jambatan gantung

keberatan terserlah




bersama adik iman

panorama 1


kat puncak tertinggi

air terjun telaga tujuh


cable car


gmbr di tangga


beras tebakar


tgh amek air cha..haha


kat makam mahsuri

kat kilang gamat

Hari ini 30 may pagi. Ari ni bgn pagi2 lagi. Aku bgn time anis(ank sdare aku) masih tido nyenyak kat sbelah aku. Terus ke bilik air..basuh muka,amek air smayang n smayang subuh. Selalunye aku bgn lewat,tp ar ni sbb excited nak gi round2 Langkawi..bg awal plak. Siap smyg,lepak dpn tv..wat air koko utk hangatkan badan y6g kesejukan(smlm tido dm aircond).

Tak lama kemudian, budak2 bg tido..trus gi mndi..masing2 excited gile..hehe. Along ckp na kumpul kat lobi kul 9,lewat kna tinggal. Dipendekkan cite..kitorg naik bas ke 2 dr condo istana. Lina kecewa sbb takleh duk kat kusi depan..spanjang ari tu,muka die masam je..hahaha.

Destinasi pertama..kilang gamat..ahh boring. Walaubagaimanapon..aku masuk jgk kilang tu tgk org membeli dan blah. Aku just belek2 je produk2 yg dijual kat situ..tak minat(sbenanye xde duit..huhu). Sempat la jugak amek gmbr 2-3 keping..alang2 turun kan kate org.

Destinasi seterusnye ialah kedai batik..ahh lagi boring gile..xde tempat lain ke diorg plan?..ishh. Aku lgsung x turun dr bas..lepak je la dlm bas. Lama jgk ar ktorg kt sini..tiba2 Cikgu Zaid ckp destinasi seterusnya ..Makam Mahsuri..hurm baru best sket. Perjalanan agak jauh dari kilang batik td. Tp puas ati ar,scenery lawa..smpt jgk snap gambar 5-6 kali pukul. Tiba kat sana..kna bli tiket ar plak..ingat kan free. RM5 utk dewasa n RM3 utk budak2. Nasib baik sume Along sponsor..fuuh slamat duit gua..hehe. Mula2 kami masuk galeri die..tgk gmbr die..sjarah,asal usul,bla bla bla..tgh syok2 tgh menghayati bnda tu,budak ni plak wt hal..nak kncing la,nak itu la,nak ini la. Aku pun tpaksa ar mnjalankan tugas mmbawa budak ni ke washroom. Selesai diorg melepas,aku bwk diorg pegi kat Makam Mahsuri plak..amek gmbr sket2..sibuk ngn pelancong Jepun ah. Pstu,Along ajak naik kat atas umah sape ntah..umah Mahsuri kot..moden jugak,ade kipas,tv,intenet..tipu je..hehe..kipas ade la. Takde pape yg menarik pon..kitorg brgambar kt bawah umah.

Pastu gi plak kt perigi Mahsuri(bukan perigi Hang Tuah ar)..takde pape yg menarik jugak,ia hanyalah sekadar sebuah perigi biasa. Ntah ye ke tak prigi Mahsuri. Stelah hampir sejam kat sini..kitorg pon beransur naik ke bas masing2 krana destinasi seterusnya sedang menunggu. Lina n Muhammad berlari naik atas bas sbb nak duk depan..tp xleh jugak..haha. Muhd plak x abis2 meragam..nk spek la..nk itu la,nk ini la..pening Along nak layan.

Tghari tu kitorg lunch kat restoran ape ntah..aku mkn nsik..budak2 len mkn roti canai je. Lpas lunch..perjalanan diteruskan ke Cable Car..waaa excited..!! Ktorg dpt tiket special sket..RM15 utk dewasa n RM5 kanak2. So kitorg spend lbih kurg RM75 utk naik keta kabel..ok ar tu..bukan slalu pon. Along mula2 xnak naik sbb bliau gayat..tp stelah berpikir pnjg bliau pon naik jugak..hehe. Kitorg tutrn kat platform ke 2 kat puncak bukit. Dr situ..kitorg jalan kaki turun ke jmbatan gantung utk tgk scenery. Budak2 ni sume da penat tyme turun bukit..sume da lembik x bermaya. Tyme naik bukit tu lagi la..anis da x larat nak jalan..terpaksa la aku pimpin tgn die slow2..xkn la nk dukung..die berat weh..huuh.
Stelah penat seharian round2..ktorg pulang ke condo. Dlm perjlanan..singgah kat kedai pinggan mangkuk Idaman Suri..aku x turun pon..penat..
Sampai kat condo..aku smyg,tukar baju..siap2 budak ni ajak gi mndi swimming pool..klu ikut ati kau mmg aku x g sbb aku da penat..tp aku kan baik..gi ar jugk..haha..
Sbelah mlm tu..aku n Along pegi kedai..beli adiah sket utk org kt kmpung..aku bli sket keychain n adiah utk my special one..hehe...
Tghri esok tu..kitrg pon bertolak balik ke Klantan..

Friday, June 12, 2009

Langkawi oh Langkawi:Part 1

Alkisah pd 29 mei lepas aku join trip konvoi ke Langkawi ngn cikgu2 MML..ntah knpa tiba2 ade offer aku ke sana..dah la sume org sponsor..kira rezeki dtg bergolek la ni..sebenanye yg ajak aku ni kakak ipar aku yg juga merupakan seorg guru kat MML..



So ktorg bertolak lbih kurg jam 6 pg dr KB ngn menaiki keta wira plat no wfj3232..hehe.dlm keta ni sume nye 5 org..aku,kak ipar aku..n 3 org ank sdare aku...anis,lina n muhammad.dr kb..aku ikut keta cikgu mokhtar sbb aku x sure sgt jln.first checkpoint kt shell jeli...smpai kt sana lbih kurg jam 730 pg..tunggu cikgu2 lain smpai.Leader utk trip ni ialah cikgu zaid...stelah sume smpai,die suh ktorg grak dulu ikut ust nik ajun sbb dorg nk wt dua kumpulan..sng sket nnti ade pape hal...spnjg prjalnan tu bese je ar..pnt ar nk tulis satu2..hehe

Lbih kurg kul 10 ktorg smpai kat atas puncak banjaran titiwangsa..suasana kat atas tu,fuuh nyaman..sjuk gile wpun matahari da tinggi.,.brenti jap mnum2 air,amek2 angin,pukul2 gmbr n mcm2 lagi lah..huhu

Ktorg smpai kat kuala perlis lbih kurg kul 3..brenti smayg zohor(x smayg jumaat..hehe) kat masjid ar-rahmaniah kuala perlis..siap smyg ust nik ajun panggil aku mkn nsik ngn family die..aku pon ape agi..trus je pegi..maklumla dr pg x mkn..asyik minum air je..huhu..lapar kot..aku mkn 2 pinggan wpun muka aku da malu time tmbh nsik tu..hahaha..

Smpai kul 430 ktorg kat situ..sterusnye ktorg gi ke jeti kuala perlis utk nek feri(xkan nek bas plak..huhu). Sbena nye lmbt agi nk nek feri..kul 6..so ktorg lepak3 je la kt jeti tu..smbil2 tunggu adik along smpai dr KL ngn bas...

Adik along smpai da nk dekat kul 7..so dorg terpaksa ar nek feri trip lain..xnek ngn ktorg ar..

Sampai kt jeti kuah lbih kurg kul 7..trus je nek bas persiaran ke tmpt kediaman kami..condo istana di pekan kuah.

Msuk je umah trus je aku cari bilik ngn katil stelah kepenatan seharian suntuk travel..gile penat. Mlm tu masing2 sume penat..so aktiviti bebas je la..tido...huhuh..

Bersambung.......nantikan